Salam perkenalan,Nama i-ber-wang lahir pada bulan awal tahun 2009. Pada ketika itu saya terlibat dalam perniagaan multi-level atau lebih dikenali MLM. Bila sebut MLM, saya percaya, ramai yang memandang 'sinis', 'angkat kaki', 'minta maaf le' dan pelbagai lagi tanggapan negatif mengenai MLM.
Saya juga pernah gagal dalam MLM. Saya mengambil masa setahun 'berehat' menilai kegagalan saya. Akhirnya saya melibatkan dalam 'network marketing'. Dan sehingga kini saya masih melakukan 'network marketing' melalui iberwang.com
Apa beza MLM dan network marketing? Tidak jauh bezanya. Asas, prinsip, matlamatnya hampir sama. Tetapi blog ini lebih khusus menekankan kepada 'perniagaan online' bagi mereka yang baru (newbie) nak terlibat dalam perniagaan.
Sementara bagi yang 'otai' dan telah menghasilkan ratusan, ribuan ringgit sebulan melalui satu bentuk perniagaan yang tidak memerlukan modal yang besar boleh berkogsi pengalaman di sini.
Berbalik kepada i-ber-wang, nama ini tercetus sewaktu saya mencari 'domain' untuk pemasaran online produk Quantum Science. Pada mulanya saya mendapat nama 'berwang' tetapi domain tersebut 'not available' kerana telah didaftarkan sejak tahun 1997! Agak memeranjatkan, bukannya oleh orang Malaysia tetapi Australia!
(http://ftp.ics.uci.edu/pub/websoft/wwwstat/country-codes.txt)
Akhirnya saya mendapat domain sendiri iberwang.com pada 25 Mei 2009, dan mula memasarkan produk secara online (network marketing).
28 September 2009, saya mengembangkan perniagaan online dengan menubuhkan IBERWANG RESOURCES, khusus untuk pasaran dalam negara.
Tahun 2010, membuka cabang baru perniagaan online yang semakin hangat mendapat perhatian ramai. Perniagaan hampir tanpa modal.
"It's not about money. It's about WEALTH!"








0 comments:
Post a Comment