Apabila disebut perniagaan, tidak kira apa juga jenis perniagaan, secara fizikal ataupun online, kita tidak dapat lari daripada berhadapan dengan risiko perniagaan iaitu menanggung kerugian. Namun di sebalik kerugian adalah menghasilkan keuntungan yang boleh menjadi sumber pendapatan sama ada secara tetap ataupun pendapatan tambahan.Terdapat pelbagai jenis perniagaan. Ada orang berminat bermula dari kecil-kecilan seperti menjual kuih muih, membuka warung burger, berniaga di pasar malam, kedai runcit, dan lain-lain. Malah ada yang lebih berani akan terlibat dengan sistem franchise, memiliki butik perniagaan, ataupun kedai sendiri.
Salah satu bidang perniagaan yang semakin mendapat tempat pada masa sekarang adalah 'bekerja dari rumah'. Baru-baru ini, kerajaan melalui Jabatan Kerja Raya menguji keberkesanan 'kerja dari rumah' melibatkan 39 kakitangan sebagai perintis.
Anda juga mungkin pernah melihat iklan di dalam akhbar mengenai kerja dari rumah (home based) seperti mengisi sampul surat dan dibayar dan apabila menyertainya anda merasa tertipu. Apa yang anda perlu lakukan adalah tidak lebih dari mengulangi apa yang diiklankan. Oleh kerana anda telah tertipu, anda juga melakukan kerja yang sama - Tolong Orang Tipu Orang.
Persoalan untuk berniaga anda perlu berani mengambil risiko. Dan anda sangat berminat dengan perniagan online. Anda memiliki komputer, anda mempunyai akaun e-mail, anda mempunyai laman sosial seperti facebook, myspace, dan anda sering menerima e-mail yang menjanjikan pendapatan ribuan hingga jutaan ringgit.
Anda klik, anda daftar, dan anda bayar. Hasilnya anda masih belum mendapat pulangan yang diharapkan. Anda mungkin kerugian RM1, RM5, RM10, RM50 ataupun lebih. Anda terus mencuba lagi. Tak mengapalah bukannya banyak, RM10 sekarang apa yang boleh dibeli. Cuba nasib!
Anda silap?
Mengapa saya katakan demikian? Perniagaan bukanlah satu perjudian. Apabila melibatkan diri dalam mana-mana perniagaan anda memerlukan 'pengetahuan' di samping 'modal'! Anda perlu mendapatkan sebanyak mungkin ilmu pengetahuan tentang perniagaan yang ingin diceburi.
Bagaimana?
Anda boleh menimba banyak ilmu terlebih dahulu sebelum memulakan perniagaan anda sendiri, sama ada dengan membaca buku, e-book, artikel-artikel, suratkhabar, menghadiri seminar, dengar ceramah, menyertai bengkel-bengkel serta kursus-kursus jangka pendek dan jika perlu, dapatkan juga perkhidmatan consultation sama ada yang percuma mahupun yang berbayar.
Dan saya akan berkongsi dengan anda tentang perniagaan tanpa modal, kerja di rumah, walau pun anda hanya tahu menggunakan e-mail.
Sehingga berjumpa lagi...








